Masa
Hadapan Menerokai masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok melalui penggemblengan pelbagai sumber dalam satu pasukan yang ingin mendaulatkan ilmu pengetahuan dan nilai intelektual untuk kesejahteraan masyarakat
Kelainan
Berfikir dan bertindak secara berbeza dari orang lain atau berani melahirkan kelainan dalam pemikiran dan tindakan
Kelestarian Mahasiswa dan warga universiti perlu menghayati nilai-nilai kelestarian yang menjadi fokus universiti sekarang ini
Kemanusiaan Hubungan akrab yang terjalin antara nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan hidup kita pada masa hadapan yang sebenarnya bergantung kepada apa yang kita lakukan pada masa ini, bukan sekadar tentang teknologi, tetapi memastikan manusia sentiasa menjadi keutamaan
Kesejagatan
Kesejagatan yang menekankan kepada keupayaan untuk menerapkan nilai-nilai sejagat di kalangan warga USM yang tidak harus terpencil dalam apa jua tindakan yang diambil
Perubahan Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh universiti
Pengorbanan Setiap perubahan harus diiringi oleh kesanggupan untuk berkorban apa sahaja bagi mencapai hasrat yang ditetapkan